BAB 6

BAB 6    :  KEMEROSOTAN MELAKA
(1)         Faktor kemerosotan Melaka
a)            Kelemahan dan kepemimpinan
1.            Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.            Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.            Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.            Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.            Sultan Mahmud Shah  jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa 
               usul periksa.
6.            Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya 
               Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7.            Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.            Bendahara Tun Perpatih Putih  yang gantikan Tun  Mutahir – uzur/sakit
9.            Pentadbiran lemah kerana :
i.              Tiada pemimpin berwibawa
ii.             Berlaku rasuah
iii.            Fitnah  berleluasa.
10.          Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.          Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
b)            Masalah perpaduan
1.            Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang 
               Melayu dengan orang India Muslim.
2.            Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3.            Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan 
               India Muslim).
4.            Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5.            Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Rakyat Melaka berpecah belah,
7.            Perdagangan Melaka merosot.
8.            Keutuhan kerajaan terjejas.
c)            Kelemahan askar Melaka
1.            Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i.              keris, tombak
ii.             panah
iii.            perisai
iv.           sumpit beracun.
2.            Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3.            Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih 
               jauh lagi.
4.            Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.            Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal 
               untuk mengetuai serangan.
6.            Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.            Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
(2)          Kedatangan Portugis
a)            Sebab kedatangan.
1.            Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2.            Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.            Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.            Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.            Vasco da Gama  sampai di India
6.            Lopez de Squeira  tiba di Melaka.
7.            Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.            Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan 
               dan penyebaran Islam.
9.            Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.          Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.          Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan 
               harga yang tinggi di Eropah.
12.          Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang 
               lumayan.
13.          Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
i.              mengawet makanan
ii.             menyedapkan makanan seperti daging
iii.            memanaskan badan.
b)            Portugis menguasai Melaka.
1.            Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan 
               hubungan
2.            Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3.            Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4.            Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk 
               menguasai perdagangan dan menentang   Islam.
5.            Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.            Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan 
               mereka Ruy de Araujo.
7.            Beberapa orang Portugis yang ditangkap  mati dibunuh.
8.            Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.            Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10.          Alfonso menuntut
i.              pembebasan tawanan Portugal
ii.             menuntut ganti rugi
iii.            meminta  mendirikan kubu di Melaka.
11.          Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12           Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.          Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.          Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka 
               kepada Portugis.
15.          Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar 
               Portugis terpaksa berundur.
16.          Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali 
               Hanafiah.
17.          Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.          Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke 
               Muar.
19           Kemudiannya berundur ke Pahang
20.          Seterusnya ke Bentan.
21.          Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan     
               anaknya Sultan Ahmad Shah.
(3)  Rumusan
1.            Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan 
               Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung.
2.            Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa  
               pahit tidak akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment